
Sulit
3 tahun
Migraine dan Ketidakselesaan Perut
Saya wanita berumur 24, sudah seminggu saya mengalami migraine bahagian belakang kepala dan telah pergi ke 2 buah klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Hasilnya, doktor hanya memberi ubat loya/pening dan ubat tahan sakit sahaja. Harini sudah masuk hari ke 10 saya masih berasa sakit kepala dan ditambah pula dengan keadaan perut yang tidak selesa seperti ada pergerakkan angin di bahagian usus selepas makan. Tetapi saya jarang sekali muntah atau pengsan. Perlukah saya pergi jumpa doktor lagi untuk mendapatkan rawatan kepada penyakit yang saya alami sekarang? dan adakah ia simptoms kepada penyakit yang kronik? tq in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa anda mengalami masalah kesakitan kepala dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah kesakitan di bahagian kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- migrain
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Vertigo posisi benign
- Penyakit dalaman telinga
- Anemia
- Ketumbuhan dalam otak
- Glaukoma mata
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.