
Anonymous
4 tahun
Migraine dan sakit di tulang rusuk bahagian kanan
Hai Dr saya seorang wanita yg berumur linkungan 20 tahun… Dr saya nak tanya… Tulang rusuk di bahagian kanan saya tetiba sakit… Dan kesakitan ini dah berlarutan selama 1 minggu… Saya juga mengalami migraine yang berterusan selama 2 minggu… Saya juga mengalami kesukaran untuk bernafas dan menjalankan aktiviti dengan lancar …adakah ini kesan gastrik atau migraine yg biasa …tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada bahagian kanan serta sesak nafas boleh disebabkan:
- Kekejangan otot dada
- Radang hempedu
- Radang tulang rusuk
- Kayap
- Jangkitan bawah paru-paru
- Perubahan hormon seperti sindrompra-menstruasi
Bagi penyakit migrain, pelbagai faktor boleh mencetuskannya seperti pemakanan, keletihan, kafein, panas dan demam. Sekiranya masalah sakit dada dan migrain berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.