
Sulit
5 tahun
Mild Fever and Mild Cough
Hi. Saya mengalami masalah mild fever 36.5-37.5 dan mild cough untuk beberapa hari yang lepas. Saya bekerja di kawasan yang sangat berhampiran dengan pertama complex dan menggunakan perkhidmatan awam dari station bandaraya (bersebelahan sogo) setiap hari. Saya juga mempunyai rekod perjalan ke Korea pada awal bulan January (sebelum wabak covid 19 tercetus). Memandangkan demam dan batuk saya masih lagi dalam keadaan yang stabil, perlukah saya risau dan mengambil ujian COVID 19? Sekiranya perlu, di hospital manakah yang saya patut pergi? Terima kasih

5 tahun
Hi, salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan simptom - simptom yang anda alami, iaitu demam dan batuk untuk beberapa hari dan memandangkan anda berkerja berhampiran kawasan hotspot, dan juga sejarah perjalanan ke korea, iaitu salah satu negara yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom anda juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus seperti virus Influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sekiranya perlu, untuk anda menjalankan ujian saringan anda boleh merujuk ke Hospital Sungai Buloh atau Hospital Kuala Lumpur.
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini