
Sulit
4 tahun
Minum air sering tersedak pita suqra sebelah bergerk sebelah lagi tidak bergerak
Hello saya mengalami apabila minum air sering tersedak .dan pita suara saya apabila saya cek di hospital pita suara saya sebelah bergerak sebelah tidak bergerak penyakit ini dh 20 hari dh boleh jelskan tk penyakit ape tu dan ada cara ii menyembuhkan nye tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini.
Maklumat yang anda berikan tidak mencukupi untuk kami melakukan penilaian, pemeriksaan yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah ini. Pihak kami percaya, doktor di hospital telahpun menjalankan pemeriksaan mengikut prosedur yang betul berdasarkan kepada keadaan dan kondisi anda.
Namun begitu, kesukaran menelan dan tersedak ketika minum air boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya :
- Achalasia: masalah otot yang tidak relax secukupnya untuk membenarkan makanan jatuh ke dalam perut
- Kekejangan otot esofagus
- Ketegangan esofagus (esophageal stricture)
- Ketumbuhan di esofagus
- GERD
Sekiranya masalah ini berpanjangan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih