
Anonymous
5 tahun
Miscarriage keguguran
Sy wanita berumur 38 tahun. Sy ingin bertanya doktor, sy skrg tgh hamil 13 minggu. Mula dari minggu ke 7 hingga minggu ke 11 sy mengalami bleeding. Sepanjang hamil sy telah membuat ultrasound & doktor mendapati saiz baby xberkembang & xda heartbeat. Tetapi 2 mggu kebelakangan ni bleeding sy dh berhenti. Soalan sy kenapa situasi mcm ni berlaku apakan kemungkinan yg akan berkalu pada kandungan saya. Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan diawal kehamilan boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Pendarahan polip/fibroid
- Penyakit trofoblas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.