
amirahalien79
5 tahun
Miss v pedih selepas bersama suami
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya baru berkahwin 1 bulan yg lalu. Sejak selepas bersama suami, faraj saya terasa pedih. Kini suami saya bekerja di sabah 2 minggu lalu, saya masih tinggal di semenanjung atas urusan kerja. Sehingga hari ini pedih di faraj tiada tapi bila saya kencing terasa sakit di hujung terasa tidak puas kencing. Ape patut saya buat doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Antara penyebab kencing pedih adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.