
azlanhilmi84
4 tahun
Mohon doc terangkan ECG saya
Hi doc…mohon jelaskan saya ini stemi atau nstemi? Perlukah saya bypass? Atau boleh sekadar makan ubat?
Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keputusan ECG yang anda paparkan di atas, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi iaitu:
- Terdapat tiada tanda elevasi segmen ST pada mana-mana bahagian bacaan ECG tersebut, bermaksud kemungkinan ia menunjukan anda menghadapi NSTEMI (Non-ST Eleveted Myoacardial Infarction). Namun, penyakit Myocardial Infarction memerlukan siasatan makmal lanjut bagi memastikan diagnosis yang tepat.
- Walaubagaimanapun, terdapat depresi dalam gelombang S pada bahagian V1-V3 bacaan ECG tersebut menandakan otot jantung yang bengkak. Namun, perkara ini adalah amat subjektif bagi setiap individu pakar yang mempunyai pendapat berlainan terhadap perkara ini dan kemungkinan perkara ini adalah tidak ketara. Ia tidak pasti sama ada ia berkait dengan penyakit Myocardial Infarction yang dikesan oleh doktor anda.
- Gelombang yang mempunya jarak sekata menunjukkan rentak degupan jantung anda adalah dalam keadaan normal dan sekata.
Untuk makluman anda, penyakit Myocardial Infarction merupakan sejenis penyakit jantung dimana tisu janting telah rosak akibat masalah saluran darah yang dibekalkan untuk otot jantung anda menjadj tersekat dan menyebabkan kekurangan bekalan oksigsen pada tisu-tisu tersebut. Ia boleh dikaitkan dengan penyakit seperti Acute coronary syndrome atau Artheroclerosis, iaitu penghasilan darah beku atau ketulan kolesterol pasal salur darah dan menyebabkan ia tersumbat.
Kami tidak pasti bahawa keperluan anda untuk melakulan pembedahan Coronary Bypass ataupun hanya mengunakan ubat kerana perkara ini hanyalah boleh ditentukan oleh doktor anda yang telah melakukan siasatan yang lengkap. Namun berdasarkan pendapat umum, NSTEMI tidak memerlukan pembedahan bypass kerana kerosakan tisu yang tidak terlalu mendalam ke jantung dan selalunya hanya memerlukan pemakanan ubat.
Kami sarankan anda untuk mengikut cadangan rawatan yang diberikan oleh doktor anda terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!