
selinna.hisham
5 tahun
Mohon nasihat berhubung Simtom Covid-19
Saya wanita berumur 38tahun, mempunyai Asthma dan telah menghadiri kursus di Johor pada 08-12 Mac 2020 antara lokasi yang telah saya kunjungi sepanjang berkursus adalah kawasan Senai, Bandar Baru Uda dan Kulai Jaya. Sekembali saya dari berkursus kini di Sandakan, Sabah; saya telah mengalami sakit kepala dan suhu badan saya tidak menentu namun tidak mencecah 37 darjah celcius. Hari ini (16.03.2020), saya merasakan bahawa saya seakan demam iaitu kawasan mata saya panas dan tekak saya bermukus namun saya masih tidak mengalami batuk dan sesak nafas. Mohon nasihat dari pihak doktor.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mengalami tekak berkahak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan virus.kuman
- Alahan
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini