
Sulit
3 tahun
Mohon penerangan ujian darah hep b
Hi doc.sy baru disahkan mengidap hep b, selepas saya buat ujian darah sebab mmg keluarga belah ibu sy ada pengidap heb b tapi kami semua sihat dan dan tiada sebarang gejala atau masalah hati atau penyakit kesan dari hep b.
sy sudah berkahwin dah dah ada 6 orang anak.
sekarang doc tempat saya minta untuk buat ujian darah pada suami dan anak2 sy…soalan saya
1.perlukah anak2 saya yg masih kecil buat ujian darah kerana setahu saya mereka telah mendapat suntikan hep b seawal mereka lahir
Bolehkah sy menolak utk buat ujian darah pada anak2 buat masa ini kerana mereka masih kecik dan mereka sihat.
Jika boleh ditangguhkan ujian darah pada anak2…pada umur berapa yg sesuai utk mereka…
maafkan sy doc…sejak sy disahkan mengidap hep b…sy rasa mcm penjenayah pulak…disoal siasat mcm2…dan dah byak kali ambik darah dan berulang ke hospital…
sy jadi trauma, risau ank2 sy pun di layan mcm pesakit kronik…
mntka penjelasan ye doc… tkasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai ahli keluarga positif hep B dan kini ingin tahu jika semua perkara tersebut perlu dijalani oleh keluarga anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penyakit Hepatitis B adalah jangkitan yang boleh dihalang dengan program vaksinasi. Bagi menjawab soalan pertama serta ketiga anda, vaksin ini menyelamatkan nyawa serta memastikan anak-anak anda membesar dengan sihat. Hal ini kerana, komplikasi Hepatitis B amat membimbangkan dan boleh membawa maut. Ia seeloknya diambil secepat mungkin.
Seterusnya, kami sarankan agar ujian tersebut dibuat untuk seluruh keluarga anda biarpun tiada simptom. Ia untuk mengelakkan keluarga anda menjangkiti orang lain. Hepatitis B adalah jangkitan yang tersebar melalui darah serta cecair daripada badan. Masalahnya adalah jika jangkitan ini terkena pada mereka yang mempunyai imun badan yang rendah.
Bagi maklumat lanjut, sila rujuk perkara ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.