
Sulit
4 tahun
Montgomery tubercles
Hi doctor saya berumur 23 tahun belum kahwin saya ade banyak jerawat di areola breast kanan Dan kiri adekah ini normal dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ‘Montgomery’s tubercle’ merupakan kelenjar sebum yang bertujuan untuk melincirkan dan mengelakkan jangkitan kuman kepada puting. Ini berbeza daripada jerawat. Punca kelenjar ini semakin ketara dan banyak pada areola ialah:
- Perubahan hormon ketika mengandung
- Perubahan hormon ketika akil baligh
- Perubahan hormon sekitar kitaran haid seseorang wanita
- Stres
- Ketidakseimbangan hormon
- Kanser payudara
- Perubahan fizikal pada badan seperti berat badan berkurangan atau bertambah
- Ubat-ubatan
- Rangsangan pada puting
- Pakaian atau bra yang terlalu ketat
Sekiranya anda tidak mengandung dan ingin mengurangkan penampoilan kelenjar ini, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Tekapkan puting anda dengan kain yang dicelup dalam air suam selam 20 minit setiap malam
- Sapukan lidah buaya, shea butter atau cocoa butter di sekeliling puting anda
- Tambahkan pengambilan air kosong anda dan kurangkan pengambilan gula anda
- Makan makanan yang seimbang dan rendah gula serta garam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.