
faramila.yahya
5 tahun
Motor skill development
anak saya dilahirkan pramatang 34 minggu. Sekarang usianya 10 bulan. namun, sampai sekarang dia masih belum boleh merangkak. adakah normal untuk baby pramatang, doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi anak yang lair pra-matang, umur mereka akan diselaraskan sedikit mengikut umur kandungan. Walaupun umur anak anda sekarang adalah 10 bulan, namun sekiranya diselaraskan kembali, ia adalah antara 8 bulan setengah atau 9 bulan dan bagi bayi berumur lingkungan ini, adalah normal untuk mereka baru belajar untuk merangkak. Sekiranya pada umur 1 tahun dan ke atas anak anda masih tidak boleh merangkak, maka anda dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Sekian