Sulit
4 tahun
Mrasa sakit blakang stiap x brnafas dn jga sakit kepala
Sya brumur 44 thun…Sya mgalami sakit kepala da ssah utk brnafas…Stiap x brnafas sya mrasa sakit d bhagian blakang dada saya…Sya jga mrasa loya…??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit dada dan sukar bernafas yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot dada - akibat kecederaan atau keradangan
- Jangkitan dalam paru-paru atau kantung jantung
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitaan kuman
- Penyakit asid refluks
- Anemia -kurang hemoglobin sel darah merah
- Penyakit asma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor


































