
Sulit
3 tahun
Mucus ‘bloody show’
Saya pregnant 39minggu 4 hari, dan keluar mucus lendir campur darah dri 11/8 smpai hari ni 13/8 cuma hari ni bru saya rasa sakit kontraksi yang selang nya 5-20 minit. Adakah saya patut pergi ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, show boleh datang sebelum kontraksi, ia adalah biasa. Sekiranya anda telah rasa sakit kontraksi, sila pergi ke hospital secepat mungkin. Doktor akan memeriksa anda untuk memastikan kontraksi tersebut adalah tanda kelahiran atau tidak dan bantu anda dengannya.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).