
zaidiasri37
4 tahun
Mudah pitam / pengsan
Salam & selamat malam, doktor, sy mahu bertanya tentang permasalahan yang berlaku kepada adik saya.
Umur baru 13 tahun, apa yang dia alami, bila bersukan cth, bola baling, lumba lari @ sukan2 yang di sekolah, dia mudah pitam / pengsan. Bibir akan pucat. Sama juga bila keluar berjalan di waktu yang agak panas, bibir dia akan pucat dan seterusnya pitam.
Apa langkah yang saya perlu lakukan? Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca untuk kejadian pitam adalah:
- Terdedah kepada panas yang melampau
- Lapar (kurang makan)
- Tekanan emosi
- Keletihan dan ketakutan yang melampau
- Dehidrasi
- Penyakit :
- Tekanan darah tiba-tiba menurun ( hypotension )
- Anemia
- Degupan jantung tidak menentu
- Serangan penyakit di otak
- Serangan Migraine
Sekiranya anda mendapati adik anda akan pitam bila-bila masa, anda harus bawakan adik anda ke tempat yang selamat, tenangkan dia dan betulkan saluran pernafasan, longgarkan pakaian, Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas. Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi, dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan, hubungi talian 999
Untuk mengetahui punca dan berikan rawatan yang bersesuaian, pemeriksaan yang teliti dan maklumat yang selanjutnya amat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!