
Sulit
4 tahun
Mudah rasa cemas dan sukar untuk tidur
Selamat sejahtera doktor. Saya perempuan berumur dalam 20 an. Dalam beberapa bulan ni saya mudah :
- Sesekali Sesak nafas
- Menangis tiba-tiba hampir setiap hari
- Tiba-tiba rasa putus asa
- Susah tidur
- Ada masa Jantung berdebar bila bangun tidur
- Tiba-tiba rasa takut
- Fikiran melayang
- Cemas
Apabila saya bagtihu tentang ini pada ibu bapa, mereka anggap itu perkara biasa bagi remaja. Ada satu masa saya terjaga tidur sebab jantung berdebar. Ketika itu saya rasa panik, berpeluh sejuk dan takut yang teramat sangat yang saya akan mati. Saya cuba tarik nafas perlahan-lahan selepas 15 minit ianya beransur lega. Apa tindakan yang saya kena buat doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kesihatan mental memerlukan penilaian rapi agar diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Maklumat yang anda berikan memerlukan sedikit penjelasan dan sebaiknya dilakukan bersama doktor pakar psikiatri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri bagi membuat penilaian kesihatan mental. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat surat temujanji dengan doktor psikiatri di klinik mereka atau hospital. Sekian