
Sulit
4 tahun
Mudah rasa takut dan cepat cemas
Selamat sejahtera doktor. Saya perempuan dan berumur 25 tahun. Sejak beberapa bulan yang lepas, saya mudah
- rasa takut
- Hampir setiap hari menangis
- Ada masa sakit dada dan jantung berdebar
- Ada masa tangan saya mengigil
- Lambat tidur
- cemas
Bila saya bangun pagi saya selalu tiada semangat untuk memulakan hari. Kadang2 saya menangis dulu. Saya takut untuk keluar rumah. Saya takut untuk berdepan dengan orang termasuk saudara saya sendiri. Kadang2 saya terfikir untuk menyakitkan diri. Saya ada juga buat ujian dass secara online atas nasihat kawan saya. Semua keputusan teruk.
Adakah perlu saya pergi ke klinik @ hospital. Kalau pergi ke sana saya mahu cakap apa. Atau saya perlu call klinik @ hospital dulu untuk membuat temujanji.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Fobia
- Masalah personaliti
- gangguan panik ( panic disorder )
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Setelah puncanya dikenalpasti, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Oleh itu, saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan atau ke klinik psikiatri di hospital. Anda boleh menjelaskan apa yang anda jelaskan disini kepada doktor yang bertugas.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.