
Sulit
4 tahun
Muka berjerawat dan breakout
Masalah saya muka muka naik jerawat batu dan jerawat pasir… walaupun macam2 produk saya sudah cuba masih tidak berkesan lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, jerawat boleh disebabkan oleh beberapa faktor/punca seperti:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Pengambilan sebarang suplemen adalah tidak disyorkan sebelum mendapat pengesahan atau kebenaran daripada doktor yang merawat.
Jika anda mempunyai keraguan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!