
Sulit
3 tahun
Muka gatal2 dan bengkak,bersin,gatal tekak,batuk
Sy berumur 38thn,sy mengalami gatal2 dan bengkak di muka,bersin,sesema,gatal tekak dan batuk dan rasa agak panas di bahagian tekak selepas sy batuk…semua masalah diatas terjadi selepas sy mengemas dan mengecat rumah dlm tempoh 3 hari berturut2 ini…tp masalah di atas baru hari ini jadi…Apakah ubat yg perlu sy sapu dan mkn? Terima Kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui ubat yang perlu disapu atau diambil untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami selepas mengemas dan mengecat rumah. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala batuk dan bersin yang disertai tanda-tanda keradangan di muka dan tekak setelah melakukan aktiviti pembersihan atau aktiviti di luar, boleh disebabkan oleh alahan atau penyakit yang berhubungkait dengan alergi seperti rinitis alergi.
Namun begitu, gejala gatal-gatal, bengkak, batuk dan bersin yang berat juga boleh menandakan masalah kesihatan yang serius serta memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- severe allergic reaction
- keradangan saluran pernafasan
- radang sinus yang berat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan agar rawatan lanjut boleh diberikan. Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.