
Sulit
3 tahun
Muka kebas secara tiba-tiba
Sebentar tadi saya rasa seperti muka saya pada belah kanan berat namun begitu wajah saya masih kelihatan normal. Tetap 30 min kemudian saya rasa makin kebas dah berlakunya perubahan pada wajah saya, saya tidak dapat merasa muka saya pada belah kanan dan ia berasa amat kebas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu muka kebas secara tiba-tiba. Secara umum, masalah sedemikian boleh berlaku atas pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tanda awal strok
- Kerosakan sistem saraf
- Pendarahan pada otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan ataupun disebabkan oleh kembungan salur darah ( Cerebral Aneurysm )
- Keradangan pada otak
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak. Anda akan rasa sakit kepala seperti migrain
- Masalah sistem pengsarafan otak seperti Multiple sclerosis
- Penyakit darah tinggi atau jantung yang boleh menggangu aliran darah ke otak
- Gangguan aliran darah ke otak seperti darah berketul yang tersekat.
- Penyakit sel darah seperti Anemia
- Masalah metabolisma badan
- Brain ischemia yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak cukup ke otak. Ini adalah berkait dengan penyakit strok dan pendarahan.
- Penyakit kencing manis
- Kanser otak.
Anda amat dinasihatakan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Gejala kebas mungkin boleh membawa kepada penyakit yang serius.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.