
Sulit
4 tahun
Muka & kepala rasa panas dan pening. Tapi tidak demam
Saya lelaki berumur 28tahun. Saya mengalami muka terasa panas, kepala terasa berdenyut2 di depan dan terasa panas juga, tengkuk leher saya terasa berat. Semua ini menyebabkan saya haus. Saya memang kuat minum air kosong tapi tetap juga sama. Saya ada juga sakit gastrik skrg, tapi memang dah jumpa doktor. Cuma yg muka panas tu… bary minggu lepas kene. Tak tau kenapa. Kadang2 ok kadang panas tu dtg. Apa masalah nya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Kami memahami masalah anda tentang muka terasa panas, kepala terasa berdenyut2 di depan dan terasa panas juga, tengkuk leher juga terasa berat. Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak informasi supaya dapat membuat rumusan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Kurangkan tekanan darah
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.