Sulit
6 tahun
Multiple personality disorder
Kawan saya berumur 23, dia mengaku dirinya mempunyai multiple personality disorder. Saya cuma mahukan kepastian lebih detail tentang penyakit ini. Bagaimana dia boleh tau personality yang lain hadir dalam diri dia?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk maklumat anda, Multiple Personality Disorder merupakan kondisi psikiatri yang dihidapi sejak zaman kanak-kanak, juga boleh dipanggil sebagai Dissociative Identity Disorder (DID).
Kondisi ini biasanya disebabkan oleh trauma ataupun pengalaman yang memberi impak yang teramat besar pada zaman kanak-kanak. Minda individu tersebut akan mencipta personaliti yang lain untuk melindungi diri-sendiri daripada memori yang dahsyat ini, Mereka tidak akan perasan tentang kehadiran personaliti tersebut dan tidak akan mengingati memori pada tempoh masa personaliti itu mengambil alih badannya.
Kawan anda mungkin sedar bahawa dia mempunyai beberapa personaliti sekiranya dia pernah menerima rawatan. Pesakit DID akan diajar oleh doktor psikiatri dengan cara untuk berkomunikasi dengan personaliti-personaliti yang lain dengan cara menulis diari dan lain-lain.
Maklumat yang lanjut tentang masalah kawan anda perlu diketahui sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor psikiatri. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



























