
Sulit
4 tahun
Mulut berdarah Dan kahak berdarah
Ayah saya baru disahkan menghidapi kanser paru paru stage 3. Baru baru ini, dia telah diberi rawatan radiotherapy oleh doktor di hospital kerajaan. Semasa dihospital, ayah batuk berdarah Dan berkahak which is also darah (fresh blood). Selepas sebulan dia pulang ke rumah, dia mula batuk berkahak, Dan kami dapati pada kahak terse but terdapat ketulan daging. Dari mana ah daging tu datang? Dan kenapa mulut ayah saya berdarah tak berhenti? Untuk pengetahuan Dr, ayah saya mengambil ubat cair darah iaitu glyprin and warfarin namun sebelum ini perkara seperti ini tidak pernah berlaku.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketumbuhan kanser dalam paru-paru bermaksud sel-sel akan bertambah kali ganda dengan cepat dan tidak boleh dikawal, oleh itu, ketumbuhan akan menjadi dan ia akan mendapatkan saluran darah. Radiotherapy bersasar pada sel-sel ini dan cuba membunuh mereka, ketumbuhan ini akan pecah secara progresif.
Ini akan menyebabkan ayah anda batuk darah, dan ubat cair darah ini akan membolehkan keluaran darah dengan lebih senang. Daging ini mungkin berasal dari ketumbuhan tersebut. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor rawatan ayah anda kerana beliau merupakan doktor yang paling memahami kes ayah anda dan boleh membagi jawapan yang paling tepat.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan ayah anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.