
iffakamalludin19
4 tahun
Mulut dn tekak berasa loya
Saya sering berasa loya, apakah yg perlu dibuat utk saya mghilangkan rasa loya itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Darah mengandungi kandungan potasium, kalsium, sodium yang tinggi atau rendah
- Migraine
- Kehamilan
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
RAWATAN YANG SESUAI ADALAH DENGAN MENCARI PUNCA LOYA ANDA DAN INI HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI KONSULTASI DENGAN DOKTOR.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.