
Sulit
3 tahun
Mulut rasa natural kerana anxiety atau bukan
Hi Doctor, sy ingin bertanya pendapat.
Sy seorang yang paranoid covid sehingga Doctor mengesahkan sy anxiety tahap teruk. Ia bermula dua bulan lepas, apabila sy merasa kurang sihat. Terus saya terfikir yg sy covid. Sy dah buat PCR, RTK di clinic & self test kit dan keputusan mmg negative. Tetapi sy masih risau jika sy covid, kerana mulut sy berasa natural sejak sebulan lepas. Makan masih berasa tetapi jika tidak makan memang mulut saya sangat rasa natural saja. Saya tak dpt rasa rasa dalam mulut seperti rasa makanan yang tersekat atau rasa bau gigi. Sy juga pergi buat medical check up Dan ada bertanya pada doctor tersebut tentang mulut saya yg rasa natural tu tetapi doctor tersebut cakap kerana anxiety sy berasa begitu… Sy masih rasa kurang puas hati kerana masih tidak tahu punca mulut saya rasa natural begini. Sy juga amat risau hendak dekat dengan ibu bapa saya kerana sy risau sy covid. Bibir saya juga agak kering dan saya mempunyai masalah gastric dan juga angin. Sudah dua bulan saya down macam nie… apa perlu saya buat Doctor… sy risau jika terdapat saraf rosak pada lidah… Terima kasih Doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, memandangkan anda telah melakukan ujian covid dan semuanya menunjukkan hasilyang negatif, ia bermakna anda tidak dijangkiti covid. Kerisauan anda selama ini tentang lidah anda yang berasa natural mungkin hanya disebabkan oleh perasaan anxiety bahawa anda dijangkiti covid.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.