
seharazak1999
5 tahun
Muntah dan badan lesu
Saya dah 38w tapi dah 4hari ni badan saya lesu dan lepas makan akan muntah balik dan berak2. Saya dah pegi klinik tapi doktor kata mungkin pemakanan. Tapi dah berlanjutan sampi skrg. Apa patut saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- tekanan darah tinggi
- kandungan potasium yang tinggi atau rendah
Sekiranya masalah ini berlanjutan anda perlu mendapatkan maklumat lanjut. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi akibat muntah yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.