
nanienawfal7
5 tahun
Muntah dan cirit birit
Anak saya berusia 3 tahun… Hari ini sudah 5 hari dia muntah dan cirit birit… Asalnya dia batuk dan demam yg agak teruk… Selepas itu barulah muntah dan cirit birit… Saya sudah pun membawa anak saya ke klinik… Tetapi keadaannya semakin teruk… Dia hilang selera makan… Setiap kali minum, dia akan muntah dan cirit… Doctor memberikan ORS dan ubat tahan muntah… Adakah perlu saya membawa anak saya untuk membuat blood test atau pantau sahaja dahulu untuk beberapa hari lagi? Apakah yang saya perlu buat untuk kembalikan selera makan dia? Terima kasih doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan:
- Demam influenza
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Gejala awal kencing manis jenis 1
Untuk membantu anak anda, pemakanan dan hidrasi adalah penting bagi mengekalkan tenaga serta jumlah air dalam badan. Sekiranya anak anda tiada selera dan tidak minum air anda perlu membawa anak anda kehospital bagi pemeriksaan tambahan. Sekiranya anak anda boleh makan dan minum air serta ambil ubat, pemantauan rapi adalah memadai dirumah selagi anak anda menunjukkan tanda-tanda surut dari demam dan muntahnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.