
Sulit
3 tahun
Muntah dan loya yang teru
isteri saya berumur 30 tahu dan sedang hamil berusia lebih kurang 2 bulan. Masalah yg sering terjadi sekarang dia x boleh makan dan minum sebab boleh menyebabkan dia jd loya dan muntah2 tiap kali makan atau minom. perkara ni prnah brlaku semasa kehamilan pertama yg mnyebabkan kandungan terpaksa dikeluarkan dengan paksa atas sebab risau dgn kesihatan bayi. jadi saya nak minta nasihat doc apa yang perlu saya lakukan atau perlu saya gugurkan kamdungan atas sebab kesihatan dan keselamatan isteri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai tahap kesihatan isteri anda di mana muntah dan loya yang teruk.
Untuk makluman pihak anda, masalah yang isteri anda alami kebiasaannya berlaku ketika kandungan masih awal. Akan tetapi, gejala ini akan semakin berkurang setelah kandungan semakin membesar. Namun begitu, sekiranya masalah ini terlalu kerap dan semakin parah, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor di pusat kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.
Mengenai gugukan kandungan, ia adalah salah di sisi undang-undang Malaysia melainkan disahkan oleh doktor kehamilan membawa kepada kesan buruk. Seeloknya berbincang dengan doktor yang merawat agar solusi terbaik dapat dicapai.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.