
Anonymous
6 tahun
Muntah dan sakit perut bahagian kiri
saya nk tnya . knpa sya on off muntah dn sakit kpla. saya dh try check prgnt test tpi negative . sya juga ada sakit perut di bahagian kiri ianya keras. dan perut sya mengembung. act sya ada keguguran tanpa rawatan sblom ini. so mcm mana ya doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom muntah dan sakit kepala adalah simptom-simptom yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat. Ia boleh disebabkan banyak perkara. Kebanyakannya adalah tidak merbahaya dan boleh dirawat. Namun begitu ia juga boleh menandakan masalah berbahaya dan boleh meragut nyawa jika tidak dirawat.
Antara penyebab simptom ini adalah:
- sakit kepala migrain
- keracunan makanan
- simptom kehamilan
- masalah sistem penghadaman
- masalah di dalam struktur otak
Oleh yang demikian, untuk mengenal pasti penyebab masalah anda, maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian seperti ujian darah dan imejan mungkin diperlukan. Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut bagi membincangkan masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melakukan rundingan secara atas talian dengan percuma. Harap membantu. Terima kasih.