dhaita1412
4 tahun
Muntah pada kanak kanak
Assalamualaikum doktor saya nk tanya kenapa anak saya yang berumur 2 tahun muntah. Minggu lepas muntah Dan cirit dalam 1-2 hari. Dan hari ni mula muntah lg, hari ni dah lebih 3 kali. Malam tadi takde makan apa2 klau nak kata salah makan sebab dia tidur awal. Harini muntah sahaja takde buang air besar. Apakah tanda penyakit serious disebabkan muntah?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, anak anda mungkin mengalami:
- Alahan terhadap jenis susu atau makanan
- Jangkitan gastroenteritis
- Jangkitan saluran kencing
Jika terlalu kerap muntah dan cirit- birit, anak anda akan mengalami dehidrasi. Buat masa ini, anda perlu sentiasa memastikan anak banyak minum air, mengambil makanan cair seperti bubur atau sup serta makan dalam kuantiti yang kecil dengan lebih kerap. Elakkan minuman bergula atau jus buah yang ditambah gula mahupun makan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.