rahmanrafiqi17
4 tahun
Muntahmuntah sakit perut
Anak berumur 2tahun 6bulan …muntah dan sakit perut selepas sejam lebih makan ubat cacing… Sekarang telah masuk 3 kali muntah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, biasanya ubat cacing mempunyai efek samping seperti berikut:
- loya
- muntah
- perut dan sakit perut
- sakit kepala
- pening
- kehilangan rambut sementara
Segera bawa anak anda ke doktor jika mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:
- mata atau kulit berwarna kuning
- sakit perut yang teruk
- air kencing gelap
- keletihan yang luar biasa
- mudah lebam atau pendarahan
- tanda-tanda jangkitan (mis., demam, sakit tekak berterusan)
- perubahan dalam jumlah air kencing
- sakit kepala yang teruk atau berterusan
- sawan
- kekeliruan
Memandangkan anak anda muntah, sebaiknya pastikan untuk dia tidak dehidrasi dengan memberinya minum air. Andai gejala memburuk dan masih muntah-muntah, anda disarankan untuk segera membawa anak ke doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.