
Sulit
5 tahun
N ak tanya tentang Abortion pill
Nak tanya abortion pill tu untuk apa…dan kesan sampingan mgambil pill abortion pill.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, abortion pill adalah pil menggugurkan kandungan. Pil ini boleh menyebabkan keguguran bagi ibu hamil. Pil ini juga adalah ubat yang diharamkan pengambilannya terutamanya jika diambil tanpa nasihat doktor.
Kesan pengambilan pil ini biasanya adalah keguguran kehamilan. Sekiranya tidak gugur, bayi dalam kandungan boleh mengalami masalah kecacatan atau masalah kesihatan yang sangat serius. Selain itu, pengguguran yang dilakukan tanpa pengawasan doktor atau atas sebab yang kukuh, boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan selepas bersalin, jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
Sila elakkan pengambilan dan penggunaan pil ini dan dapatkan nasihat doktor tentang sebarang ubat-ubatan sekiranya hamil. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.