
Sulit
4 tahun
Nafas bayi berbunyi Bila bernyawa
Bayi Saya mempunyai masalah nafas berbunyi Bila dia bernyawa. Masalah ini sudah 2 bulan. Sekarang dia nampak semakin sukar minum susu dan selalu menangis.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh bayi anda. Gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Nafas berbunyi bayi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- kelainan struktur saluran pernafasan (i.e. laryngomalacia)
- jangkitan kuman (i.e. adenoid, tonsilitis etc.)
- kelainan paru-paru (i.e. asma)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Justerus, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Dan kami sarankan anda lakukannya sesegera mungkin agar doktor dapat menilai situasi yang sebenar.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).