Sulit
3 tahun
Nafas jadi pendek dan pening2 sakit salam perut
Sy lelaki usia 35 tahun nak bertanya apda dokter harap ddapat jawan denngan segera kebapa basan sy berasa mencucuk dan sy nafas jai pendek dan tekak seperti ada benda sangkurt apa kah masaaalah nya dokter
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang besan anda hadapi iaitu sesak nafas disertai berasa sesuatu tersangkut di tekak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi oleh besan anda. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sesak nafas yang besan anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas besan anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.
Anda digalakkan untuk membawa besan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas yang menyebabkan sesak nafas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.
Selain itu, simptom berasakan sesuatu tersangkut di tekak mungkin disebabkan:
- Alahan
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- Ketumbuhan dalam tekak (polip)
Memandangkan gejala anda tidak serius, buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sakit tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.