
Sulit
3 tahun
Nafas laju semasa demam
Anak sy 1thn8bln, tbe2 dmam dan nafas dia laju, saya da lap badan dan basahkan kepala die ,da bagi ubat tapi pernafasan dia masih laju. Apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda sedang mengalami demam secara tiba-tiba dan bernafas dengan laju. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan anak anda dapat dirawat dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.