
zaty.nerd
5 tahun
Nafas terasa pendek dan sakit tekak
Saya wanita berumur 31 tahun baru pulang dari Thailand pada 29/2. Saya tak pasti sama ada saya paranoid, saya rasa kesukaran bernafas seperti nafas terasa pendek dan baru-baru ini dah mula sakit tekak. Saya dah buat penilaian risiko dlm website ini dan keputusan penilaian adalah saya berisiko utk dijangkiti virus. Perlu ke saya terus rujuk ke hospital? Apa yg perlu saya buat?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera,
Kami sedia maklum bahawa anda wanita berumur 31 tahun dan baru sahaja pulang dari Thailand. Tahniah kerana mengambil inisiatif menjawab ujian berkenaan dengan risiko COVID-19.
Jika anda dikelaskan pada kategori berisiko tinggi, anda digalakkan untuk pergi ke mana-mana fasilit perubatan untuk mendaparkan khidmat perubatan. Anda juga mungkin perlu untuk dikuarantin di tempat khas.
Selain jangkitan virus COVID-19, masalah nafas pendek boleh juga disebabkan oleh masalah berikut:
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Asma
- Masalah jantung
Kami harapkan agar anda mematuhi nasihat ini dan semoga jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini