
Sulit
3 tahun
Nafas tersekat dan tidak boleh bergerak
Saya wanita berumur 16 tahun , pada pagi tadi , selepas bangun daripada tidur , saya tiba - tiba rasa nafas tersekat seolah - olah mahu sesak nafas dan saya tidak boleh bergerak sama sekali . Selepas beberapa saat , baru saya boleh bergerak dan bernafas seperti biasa . Kenapa keadaan saya jadi begitu doktor?
Untuk pengetahuan doktor , 2 - 3 hari ni saya mengalami sakit kepala di bahagian sebelah kiri . Saya telah mengadu hal sakit kepala ini kepada ibu saya dan ibu saya kata , saya mengalami migrain . Namun , saya risau doktor , sekiranya sakit kepala ini ada kaitan dengan penyakit kronik atau pembekuan darah di kepala .
Selain itu doktor , selepas saja saya mengambil vaksin dos kedua , pada hari kedua selepas vaksin , saya mengalami sakit dada namun ia sakit itu semakin surut hari demi hari . Saya juga risau sekiranya , masalah yang saya ceritakan di perenggan pertama itu mempunyai kaitan dengan masalah jantung . Boleh bantu saya doktor untuk beri penjelasan?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda baru sahaja terima vaksin COVID-19 dan kini mengalami sesak nafas, sakit dada dan sakit kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan dalam menangani wabak Corona Virus. Selain itu, gejala sesak nafas dan sakit dada boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- asma
- anaemia
- pulmonary embolism
- pneumothorax
- sakit jantung
- kesan sampingan vaksin COVID-19
Tambahan lagi, masalah sakit kepala juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara berbeza sperti:
- stress
- migraine
- sakit kepala kluster
- strok
- kesan sampingan vaksin COVID-19
Kedua-dua senarai berikut hanyalah diagnosis umum mengenai penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan lengkap, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Jika anda risau ia disebabkan oleh vaksin COVID-19, sila hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Ini adalah jabatan bertanggungjawab mengenai perkara tersebut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Bagi maklumat lanjut, kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini