
Sulit
4 tahun
Najis anak cair & warna kehijauan
sy ingin bertanya, anak saya lagi semingggu akn masuk umur 1 tahun…tp sejak akhir2 ini ( dalam 1 minggu ini ), setiap kali anak saya buang air besar, najisnya seakan cair & warna sedikit kehijauan…adakah ianya normal @ ada masalah lain ye? terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhawatiran pihak puan sekeluarga. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh si kecil. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya warna berak bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar bayi anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.