
Sulit
3 tahun
Najis bayi 10 bulan kehitaman
Saya baru menjadi seorang ibu.Bayi saya berusia 10 bulan.Sejak bayi saya mula makan.dia mudah mengalami sembelit. dan bila memasuki usia 10 bulan, najis nya adakala berupa pejal dan kehitam.atau pon hijau kehitaman…Persoalan saya…adakah itu normal ataupun bayi saya mengalami maslaah pendarahan dalam usus?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Masalah pendarahan atau luka samada pada perut, usus atau saluran pencernaan yang boleh disebabkan kanser, dan sebagainya.
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor