
Sulit
3 tahun
Najis bayi 3 bulan berwarna hijau
anak saya berumur 3 bulan sudah minum susu formula anmum sepenuhnya. sebelum ini dia minum susu tersebut najis kuning tapi sejak kebelakangan dia najis dia berwarna hijau. saya juga perasan anak kerap gosok hidung merah pada masa tertentu. adakah dia ada alahan?bagaimana nak cari susu formula sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, warna najis bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh hal yang demikian saya menasihatkan agar bayi anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.