
Sulit
3 tahun
Najis bayi 7 bulan ke atas
Anak saya berusia 7 bulan… Sy ada perkenalkn menu baru… Lepas mkn menu tu najis hijau… Kdg hijau kuning…kdg cam lendir pom ada… Anak saya jugak kerap buang air besar lebih dr biasa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda alami ini boleh disebabkan beberapa perkara, contohnya:
- Sistem pencernaan anak anda kurang matang lagi
- Intoleransi laktosa
- Minum jus buah terlalu banyak
- Jangkitan pada sistem pencernaan anak anda
- Keracunan makanan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.