
dinashakil95
4 tahun
Najis bayi bercampur darah
Anak saya berumur 3.5 bulan tidak buang air besar sehari dan harini dia buang air besar dengan tekstur seperti gel. Saya perasan ada tompokan darah yang sedikit berwarna merah terang di najis. Anak saya menyusu secara penuh dan terus dari badan. Saya ada mengambil gambar najis tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tidak membuang air besar serta najis berdarah yang dihadapi oleh bayi anda yang tersayang. Untuk makluman anda, adalah kemungkinan besar bahawa bayi anda tengah menghadapai penyakit usus yang khusus berlaku pada usia kelahiran, antaranya ialah:
- Penyekatan usus atau usus tersumbat yang berlaku akibat masalah mekanikal, seperti Volvulus dan Malrotation.
- Jangkitan virus atau kuman pada usus bayi yang boleh menyebabkan keradangan usus. Ini adalah disebabkan oleh pertahanan imun bayi yang masih belum matang.
- Penyakit Hirschprung, iaitu sejenis penyakit pengsarafan usus yang tidak matang ketika dalam kandungan. Namun, perkara ini selalunya dikenalpasti sebaik sahaja 1-2 hari selepas kelahiran.
- Masalah kekurangan vitamin K
- Penyakit ulser perut akibat alahan
- Alahan pada susu formula yang diberi.
Tempoh gejala sembelit yang berlaku terhadap bayi anda (1 hari) selalunya tidak membimbangkan kerana selalunya masalah sembelit boleh menandakan penyakit usus sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih dari 4 hari berturut-turut. Namun, adalah dimaklumkan bahawa kekerapan pembuangan air besar yang normal bagi bayi berumur 3 bulan adalah lebih dari 3 kali sehari.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami sarankan anda untuk membawa bayi anda untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor kanak-kanak yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah dengan lebih tepat sekiranya perkara ini berlarutand atau semakin teruk. Jika anda kurang memberikan susu badan, kami sarankan anda untuk mengamalkan penyusuan badan dengan lebih kerap sekurang-kurangnya selama lebih dari 6-12 bulan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.