
raratasnim
5 tahun
Najis bayi berlendir
Anak lelaki saya 1 tahun 9 bulan sudah dua hari najis keluar lendir tapi tiada darah. Dia tak demam batuk atau selsema,selera makan juga normal kuantiti mcm biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika jumlah lendir yang ada pada najis tersebut adalah sedikit dan anak anda tidak memiliki sebarang gejala yang merisaukan, maka perkara ini adalah normal. Namun, jika jumlah lendir tersebut banyak, antara sebab masalah ini adalah:
- alahan pada makanan
- keracunan makanan
- masalah usus bertindan (intussusception)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.