
Sulit
4 tahun
Najis bayi hijau.100%susu formula
saya baru menjadi seorang ibu.bayi saya minum susu formula.najisnya sudah 1bln berwarna hijau (susu frisolac) dan hanya membuang 3hari sekali.adakah itu normal?.saya baru 2hari mix susu dutch baby.hanya beri susu baru pada waktu malam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman pihak anda, najis kanak-kanak biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai najis yang lebih hijau.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Demam
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih