
Sulit
3 tahun
Najis Berbau Busuk Dan Membuang Najis Selepas Tiga Hari
Saya wanita berumur 20 tahun belum berkahwin. sejak kecil saya mengalami masalah membuang najis yang sangat berbau dan membuang najis selepas lebih 3 hari. Saya ingin bertanya apa masalah kesihatan saya dan apa rawatan yang boleh dibuat. Kerana hal ini menyebabkan saya sangat malu dengan rakan-rakan saya yang tinggal serumah dengan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan anda boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Divertikulum
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.