Sulit
3 tahun
Najis berbintik merah dan hitam
Saya lelaki berusia 30 tahun. sejak sebulan ini najis saya sering berbintik merah (macam darah beku, pepejal warna merah terang) dan berbintik hitam. Apakah ini tanda kanser usus? Terima kasih in advance doktor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengeluaran darah ketika buang air besar terbahagi kepada dua jenis, sama ada ia najis yang mengandungi darah (najis kelihatan hitam seperti tar), ataupun pengeluaran darah merah yang segar yang melekat pada najis. Ini adalah kerana kedua-dua gejala tersebut mempunyai sebab yang berbeza.
Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah ( Melena ) :
- Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
- Ulser perut
- Kanser perut
- Masalah hati
- Mallory Weiss Tear
- Masalah saluran darah pada kawasan usus
- Penghasilan tiub usus Merckel ( Merckel’s Diverticulum )
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis ( Hematochezia )
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
- Penyakit keradangan Chron’s
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis )
- Buasir
- Fisur dubur ( Anal fissure )
- Polip usus (FAP)
Selalunya, fisur dubur disebabkan oleh kecederaan pada tisu luar atau dalam lubang dubur. Kecederaan ini selalunya disebabkan oleh masalah sembelit ataupun hubungan seks melalui dubur yang ganas. Kami sarankan anda sentiasa menjaga pemakanan anda serta kebersihan diri secara am. Sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjangan dan semakin teruk, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.