Sulit

3 tahun

Najis berdarah semasa membuang air besar

Hi doktor. Saya ada masalah kesihatan. Tapi saya takut nak ke klinik sebab takut parents saya tahu. Jadi saya rujuk pada doktor dahulu disini. Saya perempuan, berumur 21 tahun. Tahun lepas saya dapati pendarahan pada najis saya berlalu 4 hari berturut-turut. Tapi darahnya berkuranganan pada hari terakhir. Tapi saya tidak rasa sebarang kesakitan langsung pada dubur/ perut say walaupun ada titisan darah yang keluar dan pada najis saya. Cuma saya terkejut sangat sebab sebelum ni saya tiada sebarang masalah kesihatan. Dan ianya dah lama berlalu sehingga lah tahun ni najis saya mula berdarah lagi dan berlaku 3 kali tapi kali ini tidak berturut-turut. Ianya selang dalam beberapa bulan. Saya selalu mengalami kesakitan dan senak di bahagian perut seperti bisa dan kejang menyebabkan saya tak selesa untuk duduk dan baring dan kurang selera makan. Ada kalanya saya sakit selain di perut, ia juga berlaku dibahagian pinggang dan atas rahim saya. Parent saya tegur yang muka saya pucat saja. Tapi saya takut untuk memberitahu mereka kerana saya takut dan fikir saya ada kanser. Tolong saya terangkan punca najis saya berdarah ini. Terima kasih doktor.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai najis berwarna merah, serta disampingi dengan sakit pinggang dan perut yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah ( Melena ) :

  • Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
  • Ulser perut
  • Kanser perut
  • Masalah hati
  • Mallory Weiss Tear
  • Masalah saluran darah pada kawasan usus
  • Penghasilan tiub usus Merckel ( Merckel’s Diverticulum )

Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis ( Hematochezia )

  • Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
  • Kanser usus
  • Penyakit keradangan Chron’s
  • Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis )
  • Buasir
  • Fisur dubur ( Anal fissure )
  • Polip usus (FAP)

Hindari masalah sakit perut dan menjaga pembuangan air yang normal dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Anda diminta untuk pergi berjumpa dengan doktor kerana muka pucat boleh terjadi akibat terlalu banyak darah hilang dari badan anda sewaktu membuang air besar.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

itchy-bottom

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)