
Sulit
5 tahun
Najis berselaput putih
Saya seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun. Saya tidak mempunyai diet makan seimbang yg baik. Saya tidak suka makan sayur dan jarang makan buah. Saya sering membuang air besar selang 2 atau 3 hari, dan pernah paling lama seminggu sekali sahaja membuang air besar. Kira2 dua bulan yg lalu, saya mendapati najis saya berdarah dan terus ke klinik untuk memeriksa. Doktor mendapati saya mempunyai buasir dalaman. Kemudian saya makan ubat2an yg diberikan oleh doktor dan beransur pulih. Baru-baru ini pula, saya mendapati najis saya berselaput putih setelah membuang air besar 2 kali dalam jarak 2 hari. Saya agak risau kerana mengikut sejarah keluarga saya, tiada yang menghidap kanser kolon. jadi bagaimana ya doktor? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berselaput putih yang anda alami ini boleh disebabkan oleh faktor seperti nanah pada bahagian dubur yang mengenai najis, warna najis akibat kurang sayuran atau pigmen hempedu ataupun kesan ubat-ubatan. Anda dinasihatkan untuk meingkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan bagi mngurangkan gejala sembelit dan buasir serta kesihatan usus yang baik. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Sekian.