
azwanin46
5 tahun
Najis bertukar warna
Saya seorang wanita berumur 20tahun. saya sering ada masalah pembuangan najis. Saya sering ke tandas, sering sakit perut. tapi jika saya ke tandas najis saya susah keluar, sehingga saya teran untuk dia keluar. dn sering najis itu keluar sekali dgn darah. Tapi untuk kali ini berbeza kerana najis saya bertukar jadi hijau including darah.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda
Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama.Terdapat banyak sebab mengapa berlaku pendarahan di dalam najis seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Luka di anus (anal Fissure)
- Polyp
- Kanser di sistem pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.