
Sulit
4 tahun
Najis berwarna hijau gelap ke hitam
Saya wanita 20an, baru baru ini saya ada masalah period. Harini sudah hari ke 29 saya period. Tentang masalah period saya sudah berjumpa dengan doctor. Alhamdullilah, darah semakin kering. Saya makan ubat berhenti darah dan ubat tambahkan darah due to my red blood cells and hemoglobin yang rendah. Saya seorang yang kerap membuang air besar. Setiap hari, dan lately ni saya punya najis berwarna hijau gelap kehitaman. Najis tak cair tak keras. Seperti sosej yang lembut tp dia lumpy tak uniform.
Soalan saya, adakah itu normal disebabkan oleh ubat yang saya consume atau saya ada penyakit dalaman yang lain yang perlu saya berjumpa dengan pakar/doktor?
Terima kasih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu najis berwarna hijau gelap ke hitam. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Sayuran hijau, seperti bayam atau kale
- Pewarna makanan hijau, seperti minuman campuran atau aiskrim
- Suplemen tambahan seperti zat besi
Najis hijau yang disebabkan oleh pemakanan harian adalah sebab yang normal dan biasa didengari, tetapi ada juga sesetengah orang; yang tidak makan sayuran hijau atau makanan yang mempunyai pewarna hijau yang banyak, jadi untuk kes seperti ini haruslah berhati-hati kerana ia mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit yang serius. Antara beberapa kondisi kesihatan yang boleh menjadi penyebab adalah seperti:
- pigmen hempedu
- antibiotik
- prosedur perubatan tertentu
- parasit dan bakteria
Untuk mengetahui penyebab yang tepat bagi masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanya keterangan am tentang hal ini. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.