
Sulit
4 tahun
Najis berwarna hitam.. Apakah ini tanda tanda kanser usus yang kronik
Salam sejahtera dok… Sya nak tahu apakah penyebab najis sya berwarna hitam… Adakah ianya tanda2 kanser usus ataupun sebaliknya… Sila bagi pencerahan untuk sya fahami… Tq

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
- Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan yang boleh disebabkan kanser, pendarahan pada perut dan sebagainya.
Kami tidak boleh memberi kata putus jika anda mengalami barah usus atau sebagainya tanpa pemeriksaan dan ujian darah. Maklumat yang anda beri juga tidak mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.